Kecil Tapi Signifikan

Kadang...kita tunggu benda besar untuk berubah. Big breakthrough mungkin. Turning point. Miracle moment.

Padahal... hidup juga boleh berubah sebab perkara kecil. Habit baru. Cara fikir baru. Berani berkata "ya" atau berani melepaskan "tidak" pada perkara yang kita tak inginkan. Kecil. Tapi cukup untuk ubah haluan.

Dalam hidup ni, banyak kali kita lalui secara autopilot. Bangun, scroll phone, kerja, balik, tidur. Ulang. Rutin. Sampai tak sedar pun apa kita rasa. Tapi bila kita cuba berhenti sekejap, tarik nafas, pandang sekeliling...hadir dalam momen tu - hidup rasa real.

Kalau kita sentiasa kejar "lebih"...percayalah, ia takkan pernah habis. Lagi dikejar, lagi penat. Akan ada banyak benda baru nak dikejar. The moment kita belajar cakap "cukup"...kita boleh tenang. Enough is peace.

Perbandingan? Honestly, it's a thief. Senyap-senyap, dia curi bahagia. Satu-satunya cara nak overcome ialah dengan gratitude. Hargai apa yang ada, bukan asyik kejar apa yang belum.

Hidup penuh dengan expectation. Kita terperangkap dalam "aku patut". Aku patut jadi macam ni. Aku patut buat macam tu. Sampai kita lupa nak tanya : "Apa sebenarnya yang aku nak?"

Clutter. Serabut. Bukan barang je, dalam kepala pun penuh. Belajar melepaskan. Belajar diam. Beri masa jiwa untuk catch up. Dengar angin, ombak. Tengok langit. Rasa hujan.

Kita selalu push diri. Nak perfect. Nak capai semua. Tapi kita manusia, tak salah beri diri sendiri masa rehat. Worth kita bukan datang dari checklist yang semua dipenuhi. 

Pause sebelum respond, sebelum marah. Tarik nafas. Satu saat pause tu boleh ubah seribu cerita di hadapan. Kadang satu saat sabar boleh selamatkan sepuluh tahun penyesalan.

Hidup ni bukan semata-mata tentang bertahan. Hidup ni pasal savor. Nikmati. Jangan asyik tunggu perfect timing kerana kita akan terlepas the real thing.

Perubahan kecil ni tak perlu gempak atau dramatik. Little shift. Langkah-langkah kecil yang kita berani pilih setiap hari.

Jadi mungkin malam ini, sebelum tidur.... boleh tanya diri sendiri. Apa satu little shift yang kita nak mula esok?

Hakikatnya, satu langkah kecil yang konsisten, boleh jadi turning point yang kita cari selama ni.



Comments