Nota, Kopi dan Seoul

"Aesthetic." Aku ulang dalam hati sambil merenung langit biru Seoul. Kenapa semua benda kat sini nampak cantik? Even benda biasa-biasa pun, somehow ada jiwa. Ingat lagi masa aku duduk dalam satu kedai kopi di Hapjeong. Kedai kecil, meja kayu simple, pasu bunga kecil atas meja. Ada satu rak buku kecil, lagu acoustic slow. Simple, tak fancy.... tapi vibenya rasa real dan aesthetic. Rasa tenang dan complete. Aku menyusur pula sepanjang sungai Han, penuh dengan orang briskwalk, jogging, mengayuh basikal. Ada yang baring melihat langit, couple jalan berpegang tangan. Aku pandang sekeliling dan rasa kagum - betapa orang Korea tahu hargai masa dalam bentuk biasa-biasa. Tak perlu grand vacation, tak perlu luxury. Kerana mereka sangat menghargai keindahan alam, berusaha protect keindahan  tersebut dan akhirnya dapat menikmatinya.

Angin autumn yang sejuk menyapa. Daun kuning ginkgo jatuh perlahan. Aku berhenti, tarik nafas dalam-dalam. Rasa macam dalam scene Kdrama, tapi bezanya...ini real! Tersenyum sorang-sorang sebab rasa moment yang sangat priceless.

Pasar tradisional pun tak kalah. Ahjumma susun sayur, ikan, kimchi dengan penuh teliti. Bukan hanya sekadar fikir nak menjual, tapi rasa hormat pada kerja yang mereka buat. Senyum, hormat melayan pelanggan; details dan nilai yang mungkin dianggap tapi buat hidup nampak cantik. Kagum kerana mereka bukan cuba jadi aesthetic - tapi cara hidup mereka sendiri memang dah aesthetic. Minimalist tapi penuh jiwa. Simple, tapi penuh makna.

Ada banyak benda aku belajar di sini. Belajar berhenti overcomplicate hidup. Belajar cari keindahan dalam simplicity. Sederhana tapi memorable.

Hidup itu sendiri dah cukup cantik bila kita hargai.






Comments