Posts

Berapa jumlah duit raya tahun ni?

Image
Selamat Hari Raya untuk semua. Mohon maaf Zahir dan Batin.

Satu Jumaat di bulan Jun #1706

Image

CERITA

Image
Setiap orang akan punya ceritanya sendiri.
Punya rasa dan cara. Punya sebab dan alasan. Fizikal boleh jadi sama kalau kita kembar seiras. Atau mungkin pelanduk dua serupa. Mungkin ada yang tiada pertalian namun muka seakan-akan sama. 
Tapi bak kata pepatah, rambut mungkin sama hitam tapi hati lain-lain.  Pemikiran dan pendapat kadang-kadang boleh jadi sama, selalu juga yang berbeza. 
Raikan setiap cerita hidup. Kita bukan siapa-siapa untuk melabel sesama insan. 

Jentik sikit!

Image
Assalamua'laikum Salam Sejahtera
Apa khabar?

Semoga yang indah-indah sahaja semuanya.
Lama tak memaksa diri menulis. Biasalah sebagai manusia, macam-macam alasan akan diberikan. Bak kata orang lama-lama, Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih.
Seringkali kita perlukan motivasi. Sama ada motivasi dalaman mahupun luaran.  Kalau tak, boleh jadi statik. Beku dan kaku.  Sesekali kena jentik sikit. Keluar dari rasa selesa. Tersedar dari lamunan indah, paling parah kalau lamunan palsu.
Teruskan memasang impian. Ada orang kata, orang yang tak pernah mengharap tak akan kecewa. Tapi hidup tanpa impian macam tiada warna. 
Jangan pinggirkan apa yang kita minat. Walaupun sibuknya hidup tak dapat kita elakkan. Jangan sesekali lupa apa yang boleh buat kita rasa bahagia.
"Aku menulis bukan kerana nama Hanya kerana menyatakan kasih sayangku Kita sama semuanya sama Apa yang ada hanyalah kehidupan"







Nota hari ini

Image

Khusyuk dalam hidup

Image
Konsep yang sama diajar dalam Islam iaitu khusyuk dalam solat. Rupanya khusyuk bukan sekadar dalam solat tetapi perlu diterjemahkan di dalam kehidupan. 
Be present. Minda dan perasaan kita benar-benar hadir semasa kita sedang melakukan sesuatu. Bersatu dengan jasad. Usah mengenang mahupun menyesali apa yang telah berlalu ataupun terlalu risaukan masa hadapan.
Menurut pakar, konsep mindfulness iaitu konsep di mana seseorang perlu fokus pada detik dan saat sekarang adalah sangat penting bagi kesihatan minda dan mengurangkan stress dalam kehidupan.
Dunia hari ini bergerak begitu pantas, terlalu banyak perkara yang perlu kita kejar seharian. Kadang-kala rasa lelah dan payah. Bertenanglah. Fokus pada detik dan saat di depan mata. Khusyuk dalam hidup. Detik yang ada itu mungkin detik yang terakhir dalam hidup kita. Hayatinya dengan khusyuk.

Betul ke sayang?

Image
Bersyukurlah masih punya negara merdeka....